Catatan Popular

Rabu, 10 November 2010

MENGUKUR ISIPADU CECAIR (Aktiviti 1)

AKTIVITI 1:

AKTIVITI 1:

MENGUKUR ISIPADU CECAIR BAGI MURID TAHUN 2.
Hasil Pembelajaran:
Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit milliliter (ml)


Bahan-bahan:
Silinder penyukat, bikar, botol mineral dan air yang berwarna merah, biru, kuning dan warna hijau.
 
Silinder Penyukat
bikar
Botol mineral
Air berwarna
             
Langkah-langkah pengajaran:
1.       Murid dibahagikan kepada empat kumpulan yang mengandungi pelbagai  kecerdasan.
2.       Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu silinder penyukat, air berwarna yang berbeza bagi setiap kumpulan dan satu botol air mineral.
3.       Murid akan menyukat isipadu air mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
4.       Guru akan menyuruh murid membuat perbandingan kuantiti air yang terdapat di dalam botol mineral itu dengan kumpulan yang lain. Yang mana lebih banyak kuantiti airnya.
Kumpulan
Sukatan air
1
100 ml
2
200ml
3
300 ml
4
400 ml
5
500 ml

5.       Guru akan mengumpulkan kesemua botol mineral yang mengandungi kuantiti air tadi dan akan bersoaljawab dengan murid, yang mana kuantiti air yang paling banyak dan yang paling sedikit.
1.   Paling banyak :   500 ml
2.   Paling sedikit  :   100 ml
Contoh sukatan air mengikut kuantitinya:
100 ml
200 ml
300 ml


400 ml
500 ml

6.       Guru akan membuat rumusan mengenai pelajaran pada hari ini.



Contoh Lembaran kerja:

LEMBARAN KERJA 2

NAMA MURID:  _________________________
TAHUN:   _______________________________
TARIKH:   ______________________________

Padankan jumlah kuantiti air dengan betul.




►                                      ◄





►                                      ◄                   





►                                      ◄

 



►                                      ◄





►                                      ◄
500 ml
200 m
300 ml
100 ml
400 ml












Tiada ulasan:

Catat Ulasan